Tuesday, September 16, 2008

YouTube - kejadiah aneh(kalimah ALLAH)

YouTube - kejadiah aneh(kalimah ALLAH)

YouTube - Kekuasaan Tuhan...

YouTube - Kekuasaan Tuhan...

penting......................

Ada lagi satu hal yang kita tak ambik berat !!! Cuba anda fikirkan mengenai perkara ini...
Hal yang saya nak sampaikan adalah mengenai cara orang kafir iaitu
yang berugama Budha menyampaikan agama mereka dengan melekatkan sticker dibelakang kenderaan
dengan Perkataan " Amitabatha " ( kalau tak silap ) Tuan2 tahu tak apa maknanya
???? itu merupakan sebutan terhadap patung Budha setiap kali mereka menyembah patung
mereka.Secara tak langsung kita turut menyebut perkataan tadi semasa memandu, itulah
mereka buat sekarang untuk menyesatkan kita secara tak langsung. Kalau anda Perhatikan Betul2
banyak kereta yang lekat sticker ini dan kita ni yang memandu dari belakang dah tentu
akan membaca dan menyebut perkataan itu sama macam mereka memuja patung Budha. INGAT
Orang2Kafir Ini Akan Buat Apa Saja Cara Untuk Mengkafirkan Kita, Cuma kita leka dan lalai
kalau anda tak percaya lihat lah sendiri semasa memandu nanti, Saya hanya nak ingatkan dah baca
jangan la sebut kuat2 tak kalau kita ni sama la macam depa. Ini cara terbaru yang secara tak
langsung kita terikut2, dah banyak kereta ada sticker ini yang ditulis perkataan tadi dengan
warna kemerahan ada lembing Budha kecik kalau dilihat dari dekat......Berwaspada la kawan2 kalau
boleh habaq sat kat depa yang tak tau, takat ni saja yang saya dapat tolong.


ALLAHUAKBAR !

Doktor, Islam dan Logik


Doktor, Islam dan Logik : Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin
memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam
diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.
Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab
dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan
nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah
s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,
tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah
kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat
menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of
digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari
tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu
adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka
lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat
untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam
juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,
dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca
Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan
racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah
minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita
hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila
bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,
sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.


4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum
berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin
yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau
antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah
tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang
belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala
lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang
belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat
melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi
melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun
disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi
dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan
virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr
Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudarisana,

5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di
Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di
posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari
Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan
perpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidak
seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang
pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara
lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,
Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

beringatlah

SESUDAH ASAR...

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak. Forward this buletin...may ALLAH SWT bless you. Saling berpesan2lah sesama kita.....


.. Lailatul Qadar.......

.. Lailatul Qadar.......

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah .

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

(Sendiri mau ingat la.....................!!!!!)

SELAMAT BERPUASA!